History of project
SCE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber (Management of the Science Laboratory and Resources) merupakan suatu kursus yang membincangkan tentang pengurusan makmal sains dan sumber-sumber, cara pengendalian selamat bahan saintifik, cara pengendalian selamat bahan kimia, peraturan dan keselamatan dalam makmal, teknik asas makmal, pengawetan spesimen biologi, sumber pengajaran dan pembelajaran sains, penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih dan persembahannya.
Sebagai suatu cara untuk mengaplikasikan pengetahuan tentang pengurusan makmal dan sumber, kami telah diminta untuk menjalankan satu projek di sekolah yang telah dipilih oleh pensyarah kepada kumpulan kami. Projek ini akan dilaksanakan dalam kumpulan berempat untuk sebuah makmal sekolah rendah untuk menghasilkan:
1. Pemerhatian dan pencerapan pengurusan makmal sains dan sumber di sekolah
2. Mencadangkan penambahbaikan pengurusan makmal sains dan sumber di sekolah
3. Melaksanakan penambahbaikan pengurusan makmal sains dan sumber di sekolah
4. Membuat reflkesi projek
5. Menulis laporan projek menggunakan format yang diberikan seperti dalam lampiran
Sekolah yang telah diberikan kepada kami ialah SK Jambatan Putih Tawau, Sabah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang perkembang